Monday, October 27, 2008

Glitter Words

Glitter Words

Glitter Words

dokumentari persahabatan



http://www.4shared.com/file/68578275/bf8c16ff/epilog_seorang_teman_321.html klikdisini...download dokumentari persahabatan kumpulan mawar berduri..

VIDEO

http://www.4shared.com/file/66974169/c04cd152/IN-TEAM_-_AKRAB_PERSAHABATAN__MV__NASYID.htmlklikdisini video akrab.. download

Sunday, October 26, 2008

TAJUK BLOG: PERSAHABATAN MANUSIA
NAMA BLOG: ASPIRASI SAHABATKU
ADDRESS BLOG:
http://sahabat08kmn3101blogspot.com

SUBJEK: KMN3101 KOMUNIKASI KEMANUSIAAN
SEMESTER JULAI 08/09 KUMPULAN 2-FST

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

NAMA KUMPULAN: MAWAR BERDURI

BIL.

Nama Ahli Kumpulan

Nombor Matrik

PROGRAM

Semester

1.

Mohamad Redwani Bin Mohd Jasni

Uk14995

Sarjana Muda Sains Gunaan –Fizik Elektronik Dan Instrumentasi

3

2.

Siti Sahara Niza Bt Baharudin

Uk14359

Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

5

3.

Norhasmilia Bt Suhami

Uk13477

Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

5

4.

Siti Halimah Bt Jamaludin

Uk13331

Sarjana Muda Sains(Kimia Analisis Dan Persekitaran)

5




cINTA DALAM PERSAHABATAN

Cinta dalam sebuah persahabatan adalah sangat penting. Lihat bagaimana cinta dalam persahabatan Khalifah Umar bin Khattab RA dan ‘iyash bin Abi Rabi’ah yang telah berusaha dan berjaya mengislamkan. Kisahnya terjadi ketika mereka keluar untuk berhijrah ke Madinah. Abu Jahal mengetahui akan pemergian ‘iyash dan tentunya tidak merelainya, maka Abu Jahal mengikuti mereka dan ditengah-tengah perjalanan Abu jahal mengugut akan menganiaya ibu ‘iyash. ‘iyash berbelah bagi dan memilih untuk melindungi ibunya maka Umar menyerahkan untanya sambil berpesan agar unta ini mengingatkanmu padaku untuk ditunggangi dan aku menunggu ke hadiranmu ke Madinah. Sekembalinya ke Mekah ‘iyash kembali kepada keadaannya yang dahulu. Namun cinta yang terjalin hasil persahabatan antara mereka tidak padam dan malam, Umar RA mengirimkan (surat yang terkandung) setiap ayat qur’an yang diturunkan kepada ‘iyash hinggalah pada kiriman terakhir iaitu ayat 53 dari Surah Az Zumar yang bermaksud “ Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa, sesunggunya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” maka menangislah ‘iyash tatkala membaca surat yang bertuliskan ayat diatas dan bergegas menunggang unta yang dihadiahkan oleh Umar untuk menuju ke Madinah

LIRIK-LIRIK LAGU SAHABAT

SEBUAH PERTEMUAN-UNIC

Ketika diri mencari sinar secebis cahaya

Menerangi laluan ada kalanya

Langkahnya tersasar

tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu

mengalun kalimah

menyapa keinsafan

kehadiranmu menyentuh kalbu

menyalakan obor pengharapan

tika ku kealpaan

kau bisikankan bicara keinsafan

kau beri kekuatan

tika aku diuji dengan dugaan

saat ku kehilangan keyakinan

kau nyalakan harapan

saat ku meragukan keampunan tuhan

kau katakan Rahmat-Nya

mengatasi segalanya

menitis air mataku keharuan

kepada sebuah pertemuan

kehadiranmu mendamaikan hati

yang dahulu keresahan

cinta yang semakin kesamaran

kau gilap cahaya kebahagian

tulus keikhlasan menjadi ikatan

dengan restu kasih Mu

Oh Tuhan

Titisan airmata menyubur cinta

Dan rindu pun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

menitis air mataku keharuan

kepada sebuah pertemuan

kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh hati ini

Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihMu Tuhan

Yang terbias pada ketelusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman

ERTI PERSAHABATAN- DE HEARTY


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

http://www.free-lyrics.org/6973-De-Hearty.html

kisah-kisah persahabatan

erti sebuah persahabatan

Hari ini hari Sabtu. Biasanya Ah Chong, Siva dan Mukmin akan berkumpul di padang kawasan perumahan itu untuk bermain bola. Tepat jam 10.00 pagi pasti mereka berkumpul di tepi padang permainan itu. Namun, hari ini Mukmin dan Siva menanti dengan keluh kesah. Sudah hampir pukul 11.00 pagi, tetapi bayang Ah Chong tetap tidak kelihatan. Siva mula resah. Dia mundar mandir seperti kucing kehilangan anak. Mukmin pula termenung membelek bola yang dibawa sambil duduk mencangkung di atas padang. "Eh, mana dia ni? Biasanya tak lewat macam ni" kata Mukmin memecah kesunyian. "Saya pun hairanlah. Selalunya Ah Chong orang paling awal sampai" jawab Siva. "Ya. Ingat tak pernah sekali dulu, kita usik dia. Kita menyorok belakang pokok tu. Dia tunggu kita dengan penuh sabar. Kita perhati saja dia dari jauh" mereka berdua ketawa terbahak-bahak. "eh, entah-entah dia pula kenakan kita tak?" tanya Siva. "Jom kita tengok belakang pokok tu, kalau-kalau dia menyorok di situ" kata Mukmin sambil berlari ke arah pokok jati besar di tepi kiri kanan padang, sambil diikuti oleh Siva.

Setelah tiba di bawah pokok yang rendang itu mereka melihat sekelilingnya, tetapi harnpa kerana bayang Ah Chong tetap tidak kelihatan."Siva. jangan-jangan Ah Chong sakit kepala lagi tak?" kata Mukmin mengingati kejadian yang berlaku dua minggu lalu apabila Ah Chong tiba-tiba minta diri pulang ke rumah kerana sakit kepala. "Tak mungkin sampai tak bangun pula" kata Siva. "Semalam saya jumpa dia di sekolah, elok saja. Cuma dia tak berapa nak tegur saya." tambahnya sambil menggaruk kepala."Marilah kita ke rumah dia. Mungkin sesuatu telah menimpanya" kata Siva dengan air muka yang penuh ragu. Mereka bergerak meninggalkan padang permainan, menuju rumah Ah Chong yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Mukmin dan Siva mengetuk-ngetuk pintu pagar rumah teres dua tingkat berwarna putih itu beberapa kali. Namun, tiada kelihatan sesiapa menjenguk dari dalam. Rumah itu kelihatan sunyi dan semua pintu berkunci dari luar. Mereka kebingungan. "Agaknya dia balik kampung tak?" kata Siva. "Tak mungkin dia balik kampung lagi. Minggu lepas kan dia balik kampung, berjumpa nenek dan datuk dia" tegas Mukmin. "Ya tak ya juga" jawab Siva sambil menggaruk kepala lagi. "Hei, mana dia pergi ni. Semua orang tak ada di rumah". Rungut Siva. "Kita balik sajalah. Mari pergi rumah saya kita main video game saja" kata Mukmin.

Ketika mereka berpaling untuk meninggalkan rumah itu, tiba-tiba terdengar suara memanggil. "Siva, Mukmin, kamu cari Ah Chong ke?" kata Makcik Minah jiran keluarga Ah Chong. Kelihatan dia berjalan ke arah pagar rumah sambil membetulkan selendang. Melihat makcik Minah dipagar mereka terus merapatinya. "Ya, Makcik kami cari Ah Chong. Ke mana mereka pergi. Semua tiada di rumah?" tanya Mukmin sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan Makcik Minah. "Kamu berdua tak tahu ke? Awal pagi tadi Ah Chong dihantar ke hospital. Kata ibunya sakit kepalanya makin teruk?" Mukmin dan Siva berpandangan dengan wajah yang sedikit pucat. "Hospital mana?" Siva menyampuk. "Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia" kata Makcik Minah. "Tak apalah makcik, kami nak tengok dia di sana. Terima kasih ya." kata Mukmin sambil menarik tangan Siva berlalu dari situ. "Macam mana ni. Macam mana nak pergi tengok dia?" kata Siva dengan air muka yang sedih. "Kita minta ayah saya hantar. Dia ada di rumah sekarang" kata Mukmin. "Marilah kita pergi sekarang" sambungnya lagi. Mereka berdua bergerak pantas seperti lipas kudung. Kaki mereka bagai tak jejak di tanah. Mereka perlu pergi segera melihat apa sebenarnya yang berlaku kepada rakan karib mereka itu.

Tiba di rumah Mukmin, Siva menelefon ibunya untuk meminta izin mengikut Mukmin dan bapanya ke hospital. Suaranya agak tersekat-sekat kerana terharu dengan berita yang baru diterima itu. Mukmin memegang bahu Siva dan menganggukkan kepalanya tanda telah sedia untuk pergi. Ibu Mukmin menghulurkan beg plastik berisi buah-buahan kepada Mukmin."Ini ada sedikit buah tangan untuk Ah Chong" kata ibunya. Mukmin mengambilnya sambil mengangguk kepala dan berlalu bersama Siva mengekori ayah Mukmin ke kereta di luar rumah. Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua berdiam diri tanpa sepatah suarapun. Masing-masing melayan perasaan. Bimbang tentang keadaan rakan karib yang baik itu. Ah Chong tidak pernah bercerita tentang penyakitnya. Dia juga kelihatan ceria selalu. Cuma sekali sekala dia akan pulang segera kalau kepalanya sakit. Pernah sekali pada tahun lepas, keluarganya membawa Ah Chong berubat di London. Ah Chong tidak pula menceritakan tentang perubatan tersebut. Tetapi dia kelihatan sedikit kurus daripada biasa. Dia juga kurang cergas daripada dulu.

Tanpa disedari mereka telah sampai di hospital. Bapa Mukmin bertanyakan sesuatu di kaunter pertanyaan dan kemudian bergerak ke lif. Mukmin dan Siva mengikut dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka naik ke tingkat tujuh. Mukmin membaca tulisan di atas pintu sebe-lah kanan di mana tempat ditujui. Dia terkejut apabila membaca. "Wad barah lelaki" mereka berdua berpandangan penuh kesayuan. Beberapa katil pesakit dilalui dan tiba di meja jururawat bertugas. Bapa Mukmin bertanyakan nama Ah Chong dan mereka menunjukkan arah bilik dibahagian hujung wad itu. Mukmin dan Siva melangkah perlahan menuju ke bilik tersebut. Mereka melihat wajah ibu bapa Ah Chong yang muram dan matanya agak bengkak kerana menangis. Kelihatan adik Ah Chong yang baru berusia empat tahun sedang tidur di kerusi malas di tepi dinding. Bapa Mukmin bersalaman dengan bapa Ah Chong dan membisikkan sesuatu yang tidak begitu kedengaran dengan jelas. Ibu Ah Chong meluru ke arah Mukmin dan Siva sambil memeluk mereka dan menangis dengan kuat. "Mukmin, Siva, Ah Chong sakit tenat. Pagi tadi jam 2 dia tak sedar diri sampai sekarang." katanya sambil menangis teresak-esak. Mukmin dan Siva tidak dapat menahan sebak di dada dan terus menangis sama. Mereka berdua bergerak perlahan ke arah katil Ah Chong.

Mereka mula menangis teresak-esak dan berpelukan. " Ah Chong saya Mukmin datang tengok awak, Siva pun ada di sini. Maafkan kami kerana tak tahu selama ni awak ada penyakit barah" kata Mukmin dengan nada penuh sayu. Bapa Mukmin yang memerhatikannya dari tadi turut melinangkan air mata. Suasana sangat memilukan. Ah Chong tidak sedar. Dia bernafas menggunakan alat sokongan pernafasan sahaja. Dia tidak kenal rakan karibnya dan dia tidak dengar rintihan mereka berdua. Dia sedang tenat. Mukmin memegang tangan Ah Chong dan memicit-micitnya, sambil air matanya mengalir bagai mutiara putus dari talinya. Siva memerhati dari belakang. Mukmin berlari keluar dan terduduk di luar pintu bilik. Siva berlari mendapatkannya. Mereka berpelukan dan meraung. Bapa Mukmin merapati dan memegang bahu mereka berdua. "sudahlah, sabar sahaja dan kita doakan dia selamat" katanya. Mukmin memeluk ayahnya dan Siva pula memeluk Mukmin.

Sebentar kemudian kelihatan ibu bapa Siva melangkah menuju bilik tersebut. Melihat ibu bapanya datang, Siva terus meluru ke arah mereka dan memeluk erat ibunya. "Ah Chong sakit tenat. Dia ada barah otak" katanya teresak-esak. Ibunya memeluk Siva dan mengusap rambutnya dengan penuh kasih sayang dan simpati. Kesemua ibu bapa mereka tahu mereka berkawan baik sejak tahun dua hingga sekarang mereka di tahun lima sekolah di taman perumahan tersebut. Persahabatan tersebut merapatkan pula hubungan kesemua ibu bapa mereka.Seminggu kemudian kelihatan Mukmin dan Siva duduk bersandar dan termenung di bawah pokok di hujung padang permainan tempat mereka bertiga sering berkumpul. Kini hanya tinggal dua sahabat karib sahaja.

Pemergian Ah Cong amat dirasai oleh dua sahabat itu. Ah Chong seorang sahabat yang baik, ikhlas dan jujur. Dia bijak dalam bidang Matematik dan selalu menunjukajar Mukmin dan Siva. Mereka sering bersama-sama menyiapkan kerja sekolah. Mukmin akan mengajar mereka berdua Bahasa Melayu dan Sejarah manakala Siva handal dalam matapelajaran Sains. Kini, segalanya tinggal kenangan. Kegembiraan dulu pastinya tidak akan dinikmati lagi. Namum, hidup dan perjuangan harus diteruskan. Mereka bertiga sering bercita-cita untuk menyertai pasukan bola sepak remaja Malaysia. Mereka sering berlatih bersungguh-sungguh. Itulah hasrat mereka. "Siva, walaupun Ah Chong telah pergi, kita mesti teruskan. usaha kita menyertai pasukan bola sepak remaja." kata Mukmin memecahkan kesunyian. "Ya, saya juga fikir begitu. Demi sebuah persahabatan, kita mesti sampaikan hajat rakan kita itu" kata Siva penuh semangat. Mereka bangun dan terus menuju ke tengah padang sambil mula menendang bola.

Sumber: Utusan Malaysia 31 Oktober 2006