Adakah anda jenis memilih kawan atau sebaliknya. Kuiz ini akan mendedahkan sama ada anda jenis memilih atau tidak.
- Berkawan dengan rakan yang suka bergosip. Bagi pendapat anda:
a) Tiada masalah
b) Tidak suka
- Teman anda sering mengajak ponteng kelas. Reaksi anda?
a) Agak menganggu, tapi tidak mengapa demi rakan anda
b) Tidak mahu lagi berkawan dengannya
- Anda mendapat tahu rakan anda sering mengata anda di belakang.
Apakah reaksi anda?
a) Marah dan inigin memutuskan perhubungan
b) Lebih selesa membiarkan sahaja dan lebih berhati-hati serta tidak mudah percaya padanya selepas ini
- Bagi anda, kawan yang baik itu haruslah:
a) Mempunyai sikap dan sifat yang sama supaya senang melakukan apa sahaja bersama-sama
b) Sesiapa sahaja boleh menjadi rakan anda. Kalau boleh biarlah mempunyai personaliti yang tersendiri dan berbeza dengan anda
- Seringkali kawan anda bercerita mengenai kelebihan dirinya. Apakah tindakan anda:
a) Berusaha untuk mengelakkan diri
b) Berpura-pura mendengar kerana tidak mahu rakan anda berkecil hati
- Anda baru sahaja mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus bahasa jepun. Bagaimana anda mencari kawan baru?
a) Berkenalan dengan semua kawan-kawan di dalam kelas
b) Hanya mencari kawan yang berpenampilan menarik dan sesuai dengan citarasa anda
- Pendapat anda mengenai rakan yang suka mengambil hati pensyarah?
a) Berasa geram tetapi tetap berkawan dan mengharapkan pensyarah tersebut juga mengenali anda
b) Tidak berasa senang dan merasakan itu adalah perbuatan yang memalukan
- Anda baru sahaja memenangi hamper. Adakah anda sudi berkongsi dengan teman rapat?
a) Tidak pelu berkongsi. Rakan anda boleh membeli sendiri
b) Tidak kisah berkongsi. Anda berasa seronok berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan.
- Pada pandangan anda, teman itu
a) Seorang individu yang perlu ada di sisi di kala susah atau senang dan yang tidak lokek untuk memberikan bantuan, nasihat dan teguran membina
b) Bergantung pada keadaan, kadang kala perlu, kadang kala tidak perlu
- Anda berjiran dengan seorang yang popular di tempat anda belajar.Anda dapati rakan anda baik dengannya. Apakah tindakan anda:
a) Membiarkan sahaja teman anda berbaik dengan sesiapa sahaja yang dia suka
b) Anda bersaing dengan rakan untuk mendapatkan perhatian daripada teman yang popular itu
Jom, lihat skor anda
No. Soalan | Jawapan | |
a | b | |
1 | 1 | 2 |
2 | 1 | 2 |
3 | 2 | 1 |
4 | 2 | 1 |
5 | 2 | 1 |
6 | 1 | 2 |
7 | 1 | 2 |
8 | 2 | 1 |
9 | 1 | 2 |
10 | 1 | 2 |
Anda jenis kawan yang bagaimana?
7-10
Tidak memilih
Tahniah! Anda jenis tidak memilih teman. Anda senang berkawan dengan sesiapa sahaja, walaupun teman anda ada yang membosankan, pendiam dan tidak digemari oleh orang lain. Bagi anda yang penting ialah erti sebuah persahabatan. Jadi, anda tidak rasa terbeban dan bijak menangani keadaan. Anda juga memahami bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
11-20
Memilih
Individu seperti anda kebiasaanya tidak mempunyai ramai teman. Hal ini adalah kerana anda lebih cenderung untuk memilih rakan yang sama perangai sahaja.Anda juga tidak bijak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan dan meniliai individu daripada sifat luarannya sahaja. Anda juga akan menjauhkan diri dari teman yang membosankan.
Sumber: Majalah Remaja, 15 Februari 2007. Artikel: Suka memilih teman
No comments:
Post a Comment