Sunday, October 26, 2008

kemahiran berkawan

1. Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap supaya orang lain selesa dengan anda kerana memberi perhatian kepada ceritanya dan dalam masa yang sama mereka juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.

  1. Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Pilihlah kawan yang mempunyai semangat untuk berjaya yang tinggi dan dia mampu menjadi pendorong kepada anda untuk melakukan hal yang sama.

  1. Jadilah seorang pembawa berita gembira tapi elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda, sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin, puji mereka tanpa kehadiran mereka.

  1. Jika anda lihat sesuatu, elakkan daripada menyoal soalan yang diikuti dengan andaian yang negative, perhatikan reaksi muka kawan-kawan anda apabila anda bercakap atau memberi komen tentang sesuatu, jika mahu memberikan teguran, jangan tegur di tempat terbuka dan gunalah bahasa yang baik, walau apa pun yang anda lakukan atau katakan, elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan-kawan anda.

  1. Jadilah seorang kawan yang boleh membuat kawan-kawan anda yang lain bersemangat apabila mereka berdamping dengan anda.

No comments: